Dewan Kahwin | Pakej Kahwin | 2017

DEWAN PERKAHWINAN :- Dewan Ballroom | Crystal Hall | VIP Hall | Grand Nikah Hall | Roof Garden Hotel | Idcc Shah Alam | Dewan Bukit Jelutong | The Atmosphere | The Lava Garden | Rooftop | IDCC | Grand Bluewave Hotel | Dewan Seri Kembangan | Dewan Perdana | Dewan Rebana | Nouvelle Hotel Kuala Lumpur | Pakej Kahwin 2018

Thursday, December 10, 2015

Offical Wedding Planner for NAD ZAINAL & MUHAMMAD FALIQ






NAD Zainal dan bakal suami, Muhammad Faliq nikah dan sanding 18 Disember ini. - Foto Ihsan Saiful Chin Teddyfilm.co (Instagram: @saifulchin)

KUALA LUMPUR: Selain Nabila Huda yang memilih untuk menamatkan zaman solo bulan ini,
Nad Zainal juga akan meraikan bulan cintanya pada 18 Disember ini.

Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi 2014 itu akan berkahwin dengan Muhamad Faliq Amirudin dalam sebuah majlis serba sederhana tetapi dijangka meriah di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Selepas melalui beberapa episod kekecewaan dan kontroversi sisi peribadi, Nad (25) akhirnya bertemu bahagia dengan jejaka berusia 27 tahun itu.

Majlis pernikahan akan diadakan selepas solat Jumaat dan diikuti dengan majlis persandingan pada sebelah malam di lokasi yang sama. Bagaimanapun atas permintaan keluarga yang mahukan privasi, kedua majlis itu tidak akan ada liputan media.

Namun untuk majlis sanding, Nad memberitahu ada rakan media yang rapat diundang untuk meraikan detik bahagia itu. Cuma katanya lagi, rakan media itu hadir atas kapasiti tetamu istimewanya. Terdahulu pada 16 Disember, satu majlis berinai akan diadakan di rumah keluarga Nad di Ampang, KL.

"Untuk majlis pernikahan, sekitar 100 orang tetamu diundang daripada keluarga kedua belah pihak saya dan bakal suami. Ia bersifat intim.

"Untuk sanding pula tetamu yang dijemput dalam 500 orang. Majlis nikah memang untuk keluarga dan teman terdekat sahaja yang akan hadir sementara majlis sanding pula bagi pihak media yang diundang dan mahu membuat liputan, gambar akan disediakan.

"Majlis kahwin saya ini memang tak ada protokol. Hanya mahu meraikan tetamu yang hadir dan mengharapkan ia akan terpahat sebagai memori indah itu sudah cukup memadai. Tetamu yang datang dijamu makan dan kita sama-sama bergembira menikmati hari bersejarah kami. Setakat ini sudah 7o peratus persiapan kahwin siap dilunaskan," katanya.

Kata Nad, dia memilih gaya tradisional untuk majlis perkahwinannya nanti.
"Majlis nikah saya akan menggayakan busana rekaan Cosry. Oleh kerana bakal suami saya dari Johor, maka sentuhannya memang ke arah negeri itu. Kami akan pakai baju klasik dan kemas. Majlis sanding, kami sepakat memakai busana songket daripada rekaan Alha Alfa. Ia lebih klasik dan itu gaya yang saya sendiri gemari untuk hari penuh makna ini," katanya yang turut akan menerima sentuhan solekan Alha Alfa bagi majlis nikah dan sanding.

Nad mengenali bakal suaminya sejak tujuh tahun lalu ketika sama-sama menuntut di ASWARA. Faliq merupakan senior kepada Nad. Mereka mula intim bercinta sejak awal tahun ini seterusnya bertunang pada 31 Ogos lalu

No comments: